Assalam semua..Kt sni sy nk story serba sedikit pasal pendakian gunung kinabalu .Jadi untuk sapa sapa yang berminat untuk panjat gunung ni boleh la buat sebagai panduan.
Sebelum panjat kena la tahu serba sedikit history dia kan..baru la menarik..hehe
Alkisahnya..Gunung kinabalu adalah salah satu gunung yang terkenal di kepulauan Borneo terletak di negeri Sabah.Berketinggian lebih kurang dalam 4095m diatas paras laut. Asal nama kinabalu adalah dari perkataan cina-balu, atau balu-cina yang menanti kepulangan suaminya sampai ke mati dan mengabadikan dirinya di gunung kinabalu..ada yang mengatakan rupa puncak kinabalu adalah seperti wajah 'balu cina' tu..takpasti la betul ke tak.
Perjalanan menuju kepuncak agak mencabar. Anda boleh memilih untuk melalui trail timpohon ataupun mersilau. Kelebihan Mersilau trail adalah pemandangannya yang superb! tapi jaraknya sedikit jauh berbanding dengan trail Timpohon...Kalau Timpohon jawapnya naik tangga dari start trail sampai lah ke Laban Rata. Agak boring, tapi bagi yang kurang stamina, baguslah lalu trail Timpohon. hehe..kalau tak percaya cuba la.
Buat masa ni semua tempahan untuk panjat gunung kinabalu perlu di buat melalui Sutera Habour -
ni no. phone dia.. 088308914.
Biasanya kena buat tempahan awal, dalam 3-6 bulan sebelum anda panjat.
Range bayaran dalam Rm400 ke atas.
Sebelum panjat dinasihat kan korang training la dulu. Jogging ke, swimming ke tak kesah la asalkan bukan terus terus panjat, confirm termengah-mengah nanti.
Ok lepas tu, persediaan pakaian dan alatan; cari la baju sejuk yang ringan sehelai, lampu kepala(head lamp), Tongkat (optional). Sarung tangan, Kasut yang sesuai. Aku cadang kan pegi kat pasar besar KK yang sebelah pasar Filipin tu, cari kasut adidas kampung. Rm12 je kot.Murah gila dan sangant reliable berbanding kasut yang mahal mahal, dah la berat tak sampai atas da koyak. Bayang kan macam mana nak teruskan pendakian.
Bawak la sikit makanan contohnya macam cokelat bar untuk dimakan dalam perjalanan.Mana tau lapar ke.
On the day yang korang nak bertolak, pastikan sampai kat dan berkumpul di Kinabalu Park dalam pukul 8-9 pagi sebelum bertolak ke Trail yang anda pilih. Tongkat pun ada dijual RM3 sebatang. hehe. penting tongkat tu..
Di nasihatkan tak payah la bawak barang banyak banyak sangat, sebab pastinya akan memenatkan anda. Tak pun pakai lah porter. Kalau tak silap RM8/kilo. Makanan ringan dibekal kan kalau ambik pakej.Menu biasa dia telor rebus,roti sardin dengan air kosong.
Anda akan berhenti di perhentian yang disediakan. Masa tu boleh lah makan telor yang disediakan oleh pihak Sutera Habour.
Mersilau Trail |
Aim, untuk tengok sunrise..
Alhamdulilah semua 15 orang yg sy bawak berjaya sampai kepuncak..
Perjalanan turun...
Selalunya bila da sampai kat bawah memang penat. Biasanya makanan akan disediakan oleh pihak Sutera Habour. Kalau penat sangat tidur la dulu, bahaya nak drive ke KK terus dalam keadaan yang penat. 3 hari lepas panjat tu memang akan rasa sakit sakit badan. Jadi jangan la terus bercita cita keesokan harinya nak terus pegi kerja.huhu
So, apa tunggu lagi, contact lah segera untuk membuat tempahan dan alamilah pendakian yang awesome!!
p/s; sapa sapa yang memerlukan homestay di kota kinabalu sebagai persinggahan untuk seisi keluarga boleh la hubungi saya untuk tempahan =)
email: nike_opo@yahoo.co.uk
atau boleh tempah online melalui ibilik:
http://www.ibilik.my/short_term_rentals/165137/nz-homestay
No comments:
Post a Comment