Ia dinamakan Pulau Tiga kerana terdapat 3 Pulau utama yang terletak berhampiran. Terdiri dari Pulau 3, Pulau Besar, Pulau Ular. Ia menjadi lebih terkenal apabila Pulau Ini dipilih untuk tempat penggambaran bagi rancangan 'survival'. Ingat tak isu yang mat saleh berbogel kat pulau di Malaysia dulu, haa... sini la tempatnya.. Perjalanan menaiki bot laju mengambil masa Kira Kira 20minit.
Pulau Ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, chalet: Rm30- rm 300 semalaman. Bagi yang nak jimat lagi boleh la berkemah, caj tapak khemah rm5 sahaja semalaman. Aktiviti yang menarik di Pulau tiga adalah seperti diving, snorkeling dan paling best nye...volcano mud bath!!! .. Bagi yang minat memancing bolehlah membawa joran. Banyak spesis ikan yang ada kat sini..
Jadi apa tunggu lagi... Bawalah family anda ke Pulau Tiga... ;)
No comments:
Post a Comment